Selamat Datang Ke Blog PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan Selangor

22 Ogos, 2011

SOALAN SKIM LENCANA ANTI DADAH

1)  Apakah dia Skim ini ?


  • adlah satu usaha terancang untuk melibatkan ahl-ahli persatuan berpakaian seragam sekolah menengah dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah di sekolah dan akhirnya di masyarakat luar.

2) Bagaimana Skim ini dilaksanakan?


  • Adalah sebahagian daripada aktiviti berpersatuan berpakaian seragam sekolah yang menyertainya.
  • Menjalankan aktiviti persatuan yang telah ditetapkan, pemimipin/penasihat persatuan berkenaan hendaklah memasukkan aktiviti anti dadah dalam aktiviti persatuan.
  • Ahli-ahli persatuan yang menyertai skim secara berterusan akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah selepas diadakan penilaian.
3) Berapa lama menyertai Skim sebelum dianugerahkan lencana?

  • Ahli-ahli persatuan berpakaian seragam yang menyertai skim dikehendaki menyertai secara berterusan dalam tempoh minimum 1 tahun dan maksimum 2 tahun baharulah dianugerahkan lencana.


4) Apakah ertinya penyertaan anda di dalam Skim ini?


  • dengan menyertai Skim ini, anda telah memberikan sumbangan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah anda. 
  • Sekurang-kurangnya anda tahu akan bahaya dadah dan bagaimana anda dan rakan-rakan anda bleh menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan