Selamat Datang Ke Blog PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan Selangor

13 Oktober, 2011

MELUKIS MURAL PPDa

AKTIVITI : MELUKIS MURAL PPDa
SASARAN : SEMUA WARGA SMKSI







MURAL HASIL TANGAN PELAJAR SMKSI




PELAJAR SMKSI BERTUNGKUS LUMUS MENYIAPKAN MURAL


MEMBINA DAN MEMBUAT SIGNAGE / ARCA PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

AKTIVITI     :  MEMBINA DAN MEMBUAT SIGNAGE / ARCA 
                         PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
SASARAN    :  SEMUA WARGA SMKSI
LOKASI        :  BAHAGIAN DEPAN SEKOLAH

Kempen jauhi Najis dadah (berupa tahi / najis dan jarum suntikan)

Signage Hindari HIV

Signage No Smoking

Maklumat keburukan terlibat dengan dadah, rokok dan arak




MEMBUAT BAHAN EDARAN DAN PAMERAN PPDa

AKTIVITI     :   MEMBUAT BAHAN EDARAN DAN PAMERAN PPDa .
SASARAN    :  SEMUA WARGA SEKOLAH
TARIKH       :    SEPANJANG TAHUN








Antara aktiviti penyediaan bahan untuk penyebaran maklumat PPDa berbentuk:
-penanda buku, kipas bermaklumat, pamphlet, bulletin.

Aktiviti lain- memohon pamphlet dan buku mengenai PPDa kepada AADK dan kementerian Kesihatan Malaysia



PERTANDINGAN MEMBUAT REPLIKA PPDa

AKTIVITI     :   PERTANDINGAN MEMBUAT REPLIKA PPDa .
SASARAN    :  SEMUA WARGA SEKOLAH
TARIKH       :    JANUARI – MAC 2011

Kaedah Berhenti Merokok

SMKSI BEBAS DADAH 2012

SHISHA – peralatan dan bahaya penggunaannya.

Antara hasil rekaan pelajar yang berkaitan PPDa

Hasil Merekayasa murid, terhasillah beberapa replika PPDa iaitu pemenang pertama kepada Replika SMKSI Bebas Dadah 2012 dan kedua – replika Shisha


PETISYEN PPDa


Petisyen ini merupakan proses penyebaran maklumat kepada individu mengenai mesej antidadah.
Individu itu dikehendaki menandatangani petisyen.  Ini merupakan salah satu aktiviti penyebaran
maklumat antidadah yang dilaksanakan. 


LOKASI     : TAMAN SERI SERDANG, SERI KEMBANGAN,  SELANGOR.
SASARAN : PEKERJA DAN PENGUNJUNG PREMIS DI TAMAN SERI SERDANG.
TARIKH    :  27 JUN   2011


Seramai 36 Orang Murid Sesi Pagi  Sesi Petang Bersama 4 Orang Guru ke Taman Seri Serdang.
Aktiviti:Mengedar pamplet PPDa ,Bookmark pada orang ramai



                                

Murid Sedang Menyampaikan Maklumat Kepada Orang Awam Di Taman Seri Serdang

LOKASI     : BALAI POLIS SERI SERDANG DAN SMK SERI INDAH.
SASARAN : ANGGOTA POLIS
TARIKH    : 10 SEPTEMBER DAN 12 SEPTEMBER 2011




Murid Sedang Menyebarkan Maklumat PPDa mengenai Mesej antidadah Dan Mendapatkan    Tandatangan Anggota Polis Di Balai Polis Seri Serdang.






Bahan Edaran Maklumat Bilik Sumber PPDa , Pamplet dan Buletin Mesej Antidadah Juga Diberikan Kepada Anggota Polis Yang Sering Bekerjasama Dengan Pihak Sekolah Dalam Melaksanakan Berbagai Aktiviti. 


LOKASI     : BALAI POLIS SERI SERDANG DAN SMK SERI INDAH.
SASARAN : ANGGOTA BOMBA DAN PENYELAMAT
TARIKH    : 10 SEPTEMBER DAN 12 SEPTEMBER 2011



Murid Diiring Oleh Pn Hjh Paridah Romly , Menyebarkan Maklumat Dan Mendapatkan Tandatangan Petisyen Pendidikan Pencegahan Dadah Kepada  Anggota Bomba Dan Penyelamat  Di Balai Bomba Dan Penyelamat Serdang.


LOKASI     : SMK SERI INDAH
SASARAN : IPTS DAN AGENSI LUAR
TARIKH    : SEPTEMBER 2011


En Loganathan Mogan Dari SEGI COLLEGE Sedang Menandatangani Petisyen PPDa
ENCIK TOMMY CHOU SEBAGAI WAKIL  DOCTORJOB.COM.MY TURUT MEMBERIKAN SUMBANGAN CENDERAMATA (BEG &  BOLA) DAN MENANDATANGANI PETISYEN PPDa



En Mohamad Azad Sedang  Menandatangani Petisyen Sedang Diperhatikan Oleh En Abdul Azeem Daripada RIMA INTERNATIONAL COLLEGE






04 Oktober, 2011

UNDANG - UNDANG DADAH MALAYSIA








UNDANG - UNDANG DADAH MALAYSIA
AKTA DADAH BERBAHAYA 1952 - PINDAAN 1998

SEKSYEN 39B.
• Memiliki 15 gm atau lebih dan/atau morfin
• Memiliki 1000 gm atau lebih candu masak atau mentah
• Memiliki 40 gm kokain atau lebih
• Memiliki 200 gm atau lebih ganja
• Memiliki 2000 gm daun koka atau lebih
• Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
- Hukuman: Mati Mandatori.

39(A)(2).
• Memiliki 5-15 gm heroin atau morfin
• Memiliki 250-1000 gm candu
• Memiliki 50-200 gm ganja
• Memiliki lebih 15-40 gm kokain
• Memiliki lebih 750 gm daun koka
• Memiliki 30-50 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy
- Hukuman: Tidak kurang lima tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan
diwajibkan tidak kurang 10 rotan sebatan.

39(A)(1).
• Memiliki 2-5 gm heroin atau morfin
• Memiliki 100-250 gm candu
• Memiliki 20-50 gm ganja
• Memiliki 5-15 gm kokain
• Memiliki 250-750 gm daun koka
• Memiliki 5-30 gm Amphetamine Type Stimulants (ATS) contoh; syabu atau pil ecstasy.
- Hukuman: Tidak kurang dua tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali

6B Menanam atau mengusahakan pokok ganja.
Hukuman: Penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali

6 Memiliki kurang daripada 5 gm candu mentah atau daun koka atau pokok popi atau biji ganja dari popi.
Hukuman: Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00

9 Memiliki kurang 100 gm candu masak.
Hukuman: Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00

10 Alat-alat menghisap dadah. Sek. 12(2).
• Memiliki kurang 2 gm heroin atau morfin
• Memiliki lain-lain dadah kurang daripada Sek.39(A)(1)
• Pejawat awam yang bertugas di penjara, pusat pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut.
Hukuman: Penjara tidak lebih 5 tahun dan denda tidak lebih RM20,000.00 dan dirotan tidak lebih 3 sebatan.

Sek. 15(A) - Memasukkan dadah (dadah-dadah yang dijadualkan) ke dalam badan.
Hukuman: Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00

Sek. 15(B) - Berada di dalam premis tempat hisap dadah.
Hukuman: Penjara tidak kurang 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000.00


03 Oktober, 2011

JENIS - JENIS DADAH

GANJA



Definasi

Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .

Jenis/Bentuk

Seperti daun kering dan dimampat

Nama lain

Grass , pot , Marijuana , weed

Cara penggunaan

menghisap

Ciri-ciri penagih

Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sugul.



HEROIN


Definasi 

-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar

Nama Lain 
Big H , Dope , Smack , TNT

Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu

Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul



ECSTACY / MDMA

Definasi

Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .

Jenis/Bentuk

Pil dengan pelbagai warna dan simbol

Nama lain

Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA

Cara penggunaan

Menelan , campur dan minuman

Ciri-ciri penagih

Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur



KETAMIN

Definasi

Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .

Jenis/Bentuk

Serbuk putih , kristal , cecair , pil

Nama lain

“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat

Cara penggunaan

Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman

Ciri-ciri penagih

Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah


MORFIN

Definasi

Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1

Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .

Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.

Jenis/Bentuk

Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin

Nama lain

M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan

Cara Penggunaan

Menyuntik , menelan

Ciri-ciri penagih

Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas


SYABU

Definasi

Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .

Jenis/Bentuk

Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas

Nama lain

Ice

Cara penggunaan

Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu

Ciri-ciri penagih

Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan