Selamat Datang Ke Blog PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan Selangor

10 September, 2013

STATISTIK DADAH UNTUK BULAN JAN HINGGA MEI 2013











KAJIAN TINDAKAN PPDa

KAJIAN TINDAKAN PPDa

Tajuk:  Program PPDa dapat membantu mengatasi masalah merokok di kalangan murid sekolah menengah di SMK Seri Indah

1.0       REFLEKSI PENGALAMAN LALU
Pertama sekali saya ingin nyatakan perasaan yang begitu kesal dan tidak berpuashati terhadap diri sendiri kerana sering kali melihat murid remaja berpakaian sekolah merokok di luar kawasan sekolah.Mereka merokok tanpa rasa bersalah kepada masyarakat sekeliling yang sentisa memerhatikan mereka kerana murid merokok dengan tertera pada pakaian sekolah mereka lencana sekolah masing-masing. Apabila ditanya kepada muridremaja sekolah yang sedang merokok ini, spontan mereka menjawab” Alahai akak, kita orang merokok tak minta duit akak kan.  Mengapa akak sibuk?Seorang remaja sekolah lagi menjawab, “ Akak ni polis ke…..  Lepas ni nak tangkap kita orang la. Tak berpakaian polis pun…..” Jawapan ini begitu sinonim dan menyakitkan hati kepada manusia berperasaan yang mendengarnya.

Tidak dapat dinafikan bahawa merokok mengikut pendapat penghisapnya boleh memberi faedah kepada mereka di mana ianya akan memberikan ketenangan kepada perokok dalam tempoh masa tertentu. Selain itu, ia juga boleh menghilangkan rasa mengantuk dan penat baik menyenangkan melakukan sesuatu kerja dan sebagainya. Terdapat juga kesan buruk yang diperoleh perokok seperti ditimpa pelbagai penyakit seperti sakit jantung, kanser paru-paru, barah, serta boleh membazirkan wang ringgit. Sebenarnya perokok-perokok ini bukannya tidak mengetahui kesan buruk yang akan dialami oleh mereka tetapi disebabkan ketagihan serta hanya melihat kepada kebaikannya sahaja maka mereka tidak memikirkan langsung kesan buruk yang akan membahayakan diri mereka serta orang lain.

Jika dilihat kepada kesan daripada tabiat merokok ini, ianya lebih banyak memberi kemudharatan daripada kebaikan. Islam menyuruh umatnya meningggalkan perkara-perkara yang membawa keburukan kepada diri sendiri dan orang lain. Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri, Rasulullah SAW bersabda bermaksud :

Dari Abi Sa ’id bin sa ’d bin Malik bin Sinan al-Khudri r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda : “Tidak ada kemudharan dan tidak boleh berbuat kemudharatan ”. (Riwayat Ibn Majah dan al-Daruqutni)

Allah SWT juga melarang hambanya makan atau minum sesuatu yang tidak halal dan tidak memberi manfaat kepada diri.Begitulah juga dengan rokok yang mana ianya boleh mengancam agama Islam itu sendiri, keselamatan, moral, ekonomi dan lain-lain kerana ianya merupakan suatu ciri kesyaitanan yang boleh menjauhkan diri kita daripada Allah SWT dan mengheret kita ke lembah kebinasaan.

Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai manusia, makanlah yang halal lagi baik daripada apa yang terdapatdi bumi dan jan ganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan; kerana sesunguhnya syaitan itu musuh kamu yang nyata ”.
(Surah al-Baqarah 2 :168)

Kajian mengenai masalah sosial pelajar setakat ini belum begitu meluas.Namun tinjauan penulis mendapati ada beberapa penyelidik yang membuat kajian mengenai masalah ini.Antaranya ialah Azizah Lebai Nordin yang membuat kajian mengenai masalah disiplin di kalangan remaja.Beliau menyentuh tentang faktor-faktor penyumbang kepada masalah tersebut dan akibat masalah disiplin pelajar.Manakala Zool Hilmi Hj. Suhaimi membuat kajian tentang gejala sosial remaja dan penyelesaiannya.Beliau membuat perbandingan antara remaja dahulu dan kini.Parthiban a/l Sinnapan pula menyelidik mengenai vandalisme, gengsterisme dan salah laku pelajar.Beliau mengulas mengenai punca salah laku remaja. Sementara Ragunathan a/l Ayyavoo menghubungkan antara masalah disiplin dengan pencapaian akademik pelajar.Kajian-kajian di atas banyak membantu penulis dalam penyelidikan ini.

2.0  ISU / KEPERIHATINAN (FOKUS KAJIAN)
Masalah disiplin seperti merokok, ponteng, merosakkan harta benda sekolah dan sebagainya di kalangan pelajar berada di tahap yang membimbangkan. Merokok misalnya, walaupun ianya nampak kecil tetapi jika tidak dibendung akan memberi kesan negatif yang besar. Masalah penagihan dadah adalah berpunca daripada kecenderungan merokok. Pada peringkat awal mereka berjinak-jinak dengan menghisap rokok dan akhirnya mereka akan mudah terjebak dengan masalah penagihan dadah. Menteri Kesihatan pernah menyatakan bahawa tabiat merokok adalah satu punca yang menyebabkan penagihan dadah.Ini selaras dengan kajian yang telah dilakukan oleh agensi Pasukan Petugas Anti-Dadah, yang mendapati lebih 90 peratus penagih dadah yang menjalani pemulihan terdiri daripada perokok.Untuk membendung masalah ini, kita perlu mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan para pelajar mudah terpengaruh dengan budaya merokok ini yang boleh dikatakan menjadi trend masa kini.

Dengan itu, Program PPDa merupakan salah satu daripada sistem sokongan sekolah ke arah menangani gejala sosial yang melibatkan golongan pelajar sekolah. Program PPDa ini diharapkan dapat memupuk semangat jati diri pelajar yang seterusnya dapat membentuk nilai murni, budi pekerti yang mulia dan terpuji, kerohanian yang luhur dan memiliki perasaan cinta serta sayang kepada diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara (Mohd Muzafar Shah & Abdul Malek, 2005).

3.0        OBJEKTIF KAJIAN


Dalam menjalankan sesuatu kajian, objektif kajian haruslah diberi perhatian memandangkan ia berfungsi sebagai satu rangka rujuk bagi memastikan pelaksanaan kajian berjalan dengan lancar dan sistematik. Justeru itu pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini.
3.1  Objektif Am
a.  Mengenalpasti adakah faktor keluarga yang mendorong pelajar sekolah menengah untuk merokok.
b.  Mengenalpasti adakah pelajar sekolah menengah ini merokok kerana pengaruh rakan sebaya
c.  Mengenalpasti adakah faktor diri sendiri yang mendorong pelajar sekolah menengah merokok

3.2 Objektif khusus
Objektif khusus antaranya ialah
a.       Mewujudkan pemikiran generasi muda yang bebas daripada pengaruhrokok, yang dapat mencegah mereka daripada terlibat mungkin menjurus kepada penyalahgunaan dadah.
b.      Menyedarkan murid tentang bahaya tabiat merokok kerana mereka adalah agen masa depan negara untuk pembangunan dan ekonomi.
c.       mewujudkan suasana persekitaran yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran. Dalam pada itu, pelaksanaan PPDa juga dilengkapkan dengan pengisian mengenai penyalahlahgunaan dadah, alcohol, rokok, inhalan dan HIV-AIDs melalui pelbagai bentuk aktiviti. Walaupun PPDa telah dilaksanakan secara menyeluruh di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan tetapi masih terdapat sebilangan pelajar sekolah yang terlibat dengan kesalahan merokok.
Prinsip pencegahan menunjukkan bahawa kecemerlangan akademik dan kecemerlangan diri pelajar adalah asas kepada pencegahan tingkah laku penyelewengan sosial yang boleh dibendung.

4.0  KUMPULAN SASARAN
 Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah

5.0  PELAKSANAAN KAJIAN
5.1  Tinjauan Masalah

Tinjauan masalah telah dijalankan dengan menggunakan kaedah iaitu pemerhatian, temubual dan soal selidik.

5.1.1         Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkah laku murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid yang terlibat dalam kes rokok kurang memberi respons kepada soalan yang diajukan semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung.  Murid sekolah terlibat dalam ketagihan merokok biasanya suka menghabiskan masa dengan mengacau kawan yang lain, tidak boleh duduk diam dan sentiasa ingin keluar dari kelas pengajaran dan pembelajaran.
5.1.2 Temubual dan Perbincangan
Guru menemubual murid dan mendapati mereka agak sukar menjawab.  Sikap murid amat menjengkelkan dan tidak fokus.Terdapat diantaranya bau rokok yang boleh dihidu melekat pada pakaian seragam sekolah mereka.
5.1.3 Soal selidik
Soal selidik yang dibuat adalah berdasar kepada soalan tertutup dan disusun mengikut keutamaan sesuai dengan objektif capaian penyelidikan kajian tindakan.  Terdapat dua bahagian iaitu bahagian A maklumat demografi responden, bahagian B soalan tertutup berpandu kepada skala keutamaan terhadap kajian tindakan dilaksana. Analisis dibuat untuk tinjauan dan penambahbaikan kajian.

Kaji selidik tentang rokok ini pula dijalankan untuk mengetahui sama ada mereka ini adalah seorang perokok dan serba sedikit bertanya pandangan mereka tentang rokok. Sebanyak 10 soalan kaji selidik telah diedarkan untuk beberapa buah kelas.  Antara soalan kaji selidik tersebut adalah seperti berikut.

Soalan kaji selidik tentang gaya rokok:
1. Adakah anda merokok?
Jika YA sila jawab soalan 2 hingga 11, jika TIDAK sila jawab soalan 7 hingga 11.
a) Ya
b) Tidak
2. Berapa umur anda apabila anda mula merokok?
            ………………………………….
3. Apakah perasaan anda apabila anda merokok?
a) Macho
b) Cool
c) Dewasa
d) Lain-lain.
4. Berapa banyak anda merokok dalam sehari?
a) 1-5 batang
b) 5-10 batang
c) 10-15 batang
d) Sekotak
5. Apa yang anda suka tentang merokok?
a) Saya merasa relaks.
b) Saya dapat melepaskan stress
c) Saya suka bau rokok
d) Rokok sudah menjadi kebiasaan / tabiat saya
6. Di mana anda selalu merokok?
a) Di luar rumah
b) Di dalam kereta
c) Di dalam rumah
d) Di tempat awam
7. Adakah ahli keluarga anda merokok?
a) Ya
b) Tidak
8. Adakah awda merasa orang membeli rokok itu membazir duit?
a) Ya
b) Tidak
9. Adakah asap merokok itu mengganggu anda?
a) Ya
b) Tidak
10.Adakah anda ingin berkawan dengan orang yang merokok?
a) Ya
b) Tidak
11. Adakah suatu hari nanti anda ingin mencuba untuk merokok?
a) Ya
b) Tidak


5.2   Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Pemerhatian
Melihat keadaan tersebut di atas, saya mengambil tindakan untuk membantu memahami murid ini dengan cuba mempelbagai dan meningkatkan kaedah P & P saya, membuang sikap negatif murid yang mereka sebenarnya diabai tidak diperlukan dan seterusnya pencapaian  murid  dalam mata pelajaran yang rendah akan dapat diperbaiki. 
5.2.2  Temubual dan perbincangan
Berdasarkan temubual dan perbincangan secara individu, murid tidak memahami keperluan tahap pendidikan dalam kerjaya masa depan mereka dan tidak serius mengatasi masalah kehidupan.  Murid hanya menjawab apa yang mereka tahu rokok membantu mereka menghabiskan masa dalam kehidupan hari ini dan tidak salah sebenarnya tabiat merokok. Akibatnya murid gagal mengawal kehidupan mereka sendiri, mengalami ketagihan rokok dan dalam rekod mereka di sekolah sering mereka ini mendapat markah yang rendah serta bermasalah disiplin.

                                5.2.3  Soal selidik
Soal selidik diedar kepada 10 orang responden.Responden memberikan kerjasama dengan baik yang terdiri daripada murid yang terlibat secara langsung dengan tabiat merokok.

5.3   Tindakan Yang Dijalankan


5.4   Pelaksanaan Tindakan

5.5   Refleksi Kajian


BIBLIOGRAFI


Azizah Lebai Nordin (2002), Masalah Disiplin di Kalangan Remaja (Tesis Ph. D, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Noresah bini Baharom (1996), Kamus Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, h. 863.

Pathiban a/l Sinapan (2002), Vandalisme, Gangstarisme dan Salah Laku Sosial Pelajar (Latihan Ilmiah Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Vani Appalasami (2001), Masalah Sosial di Kalangan Remaja (Latihan Ilmiah
Jabatan Anropologi dan Sosiologi, Universiti Malaya).

Wan Norasiah Wan Ismail (2003), Akhlak Remaja di Felda Ulu Belitong (Disertasi Master Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

Zool Hilmi Hj. Suhaimi (1998), Gejala Sosial Remaja dan Penyelesaiannya (Latihan Ilmiah Bahagian Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam,Universiti Malaya, Kuala Lumpur)

HASIL KAJIAN SOAL SELIDIK

BIL.
PERNYATAAN/SOALAN
BIL. RESPONDEN
YA
(%)
TIDAK
 (%)
1
Sayaadalahseorangperokok
17
11 (64.7)
6 (35.3)
2
Sayamulamerokoksejak di sekolahrendah
17
10 (58.8)
7 (41.2)
3
Sayamerokoklebih 3 batangrokoksehari
17
10 (58.8)
7 (41.2)
                  
Jadual1 :Penyataan/ soalan 1-3 danjawapandiberikanolehrespondankajiantindakan
                               

Graf 1 : Graf maklumat D.A.R.I.H – Rokok

Berdasarkan jadual dan graf di atas menunjukkan seramai 11 orang responden atau 64.7% ialah seorang perokok manakala 6 orang responden atau 35.3% bukan seorang perokok. Begitu juga bagi pernyataan mula merokok, seramai 10 orang responden atau 58.8% mula merokok sejak di bangku sekolah rendah lagi manakala 7 orang responden atau 41.2% tidak merokok semasa di bangku sekolah rendah. Pernyataan ketiga mengenai bilangan rokok yang dihisap dalam sehari, seramai 10 orang responden atau 58.8% merokok lebih 3 batang rokok sehari manakala 7 orang responden atau 41.2% merokok kurang daripada 3 batang rokok sehari.

BIL.
PERNYATAAN/SOALAN
BIL. RESPONDEN
YA
(%)
TIDAK (%)
4
Saya perna hmencuba menghidu gam
17
0
17 (100)
5
Sehingga sekarang saya masih menghidu gam
17
0
17 (100)











Jadual2 :Penyataan soalan 4-5 dan jawapan yang diberikan oleh respondan

kajiantindakan



Graf 2 : Graf maklumat D.A.R.I.H - Inhalan

Berdasarkan jadual dan graf di atas, pernyataan 4 dan 5 menunjukkan seramai 17 orang responden atau 100% tidak pernah mencuba menghidu gam atau masih menghidu gam.

BIL.
PERNYATAAN/SOALAN
BIL. RESPONDEN
YA
(%)
TIDAK (%)
6
Saya pernah menghisap ganja
17
0
17 (100)
7
Saya pernah mengambil pil-pil khayal
17
0
17 (100)
8
Saya pernah mengambil syabu
17
0
17 (100)
9
Saya pernah mencuba minum air daun ketum
17
0
17 (100)
10
Saya pernah ketagih ubat batuk
17
0
17 (100)












Jadual3 :Penyataan soalan 6-10 dan jawapan yang diberikan oleh respondan kajian tindakan


Graf 3: Graf maklumat murid D.A.R.I.H - Dadah

Berdasarkan jadual dan graf di atas, pernyataan 6, 7, 8, 9 dan 10 menunjukkan seramai 17 orang responden atau 100% tidak pernah menghisap ganja, mengambil pil-pilkhayal, syabu, mencuba minum air daun ketum dan pernah ketagih ubat batuk. 


BIL.
PERNYATAAN/SOALAN
BIL. RESPONDEN
YA
(%)
TIDAK (%)
11
Saya perna hminum alkohol
17
0
17 (100)
12
Saya pernah melakukan hubungan seks
17
0
17 (100)







Jadual4 :Penyataan soalan 11-12 dan jawapan yang diberikan oleh respondan kajian tindakan


Graf 4 :Graf maklumat murid D.A.R.I.H – Alkohol dan HIV/Aids – Hubungan seks
Berdasarkan jadual dan graf di atas, pernyataan 11 dan 12  menunjukkan seramai 17 orang responden atau 100% tidak pernah minum alkohol/arak dan tidak pernah melakukan hubungan seks.

BIL.
PERNYATAAN/SOALAN
BIL. RESPONDEN
YA
(%)
TIDAK (%)
13
Saya pernah ponteng kelas
17
14
(82.4)
3 (17.6)
14
Saya pernah ponteng sekolah
17
12
(70.6)
5 (29.4)


Jadual 5: Penyataan soalan 11-12 dan jawapan yang diberikan oleh respondan kajian tindakan


Graf 4 :Graf maklumat murid terlibat dengan kecendurungan untuk ponteng sama ada ponteng kelas atau ponteng sekolah

Berdasarkan jadual dan graf di atas, pernyataan 13  menunjukkan seramai 14 orang responden atau 82.4% pernah ponteng kelas dan 3 orang responden atau 17.6% tidak pernah ponteng kelas. Pernyataan 14  pula menunjukkan seramai 12 orang responden atau 70.6% pernah ponteng sekolah dan 5 orang responden atau 29.4% tidak pernah ponteng sekolah.


Graf 6 :Dapatandari data kehadiranmurid SMK Seri Indah kesekolahdanperatusmuridponteng (Jan - Jun)

JADUAL BILANGAN HARI PONTENG SEKOLAH RESPONDEN PADA BULAN JANUARI 2013


BIL
RESPONDEN
HARI

BIL
RESPONDEN
HARI
1
R1
1

10
R10
1
2
R2
6

11
R11
0
3
R3
0

12
R12
3
4
R4
1

13
R13
1
5
R5
1

14
R14
0
6
R6
0

15
R15
1
7
R7
0

16
R16
0
8
R8
0

17
R17
0
9
R9
1