Selamat Datang Ke Blog PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan Selangor

23 Ogos, 2011

OBJEKTIF SKIM LENCANA & KURIKULUM SLAD

Skim Lencana ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar yang menyertai :

  1. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan mesej anti dadah.
  2. Dapat menanamkan peranan sebagai orang berpengaruh (indlueneers) dalam menyampaikan mesej anti dadah dikalangan rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.
  3. Dapat menghayati aktiviti pencegahan dadah melalui amali penyampaian mesej.
  4. Menolong rakan-rakan sebaya yang mempunyai 'risiko tinggi' supaya berhubung dengan guru bimbingan dan menjadi kaunselor rakan sebaya.
  5. Berkhidmat secara sukarela dalam aktiviti anti dadah apabila tamat persekolahan/pengajian.
  6. Mata dan telinga.

KURIKULUM SLAD

Terbahagi kepada 2 bahagian 
  • Bahagian 1 : Teori (Pemerian Maklumat)
  • Bahagian 2 : Amali

Bahagian 1 (Teori)

  • Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian.
  • Hubungan remaja dengan kemahiran berkomunikasi.
  • Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya.
  • Khidmat bantu di sekolah dan institusi lain.
  • Sebab dan kesan merokok.
  • Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah.
  • Bahan dan kesan inhalan.
  • Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya.
  • Akta dadah Merbahaya 1952 dan Pindaan 39 (B) -gantung sampai mati.

Bahagian 2 ( Amali)

Aktiviti wajib (ada 4)
  • Buku skrap-mengumpul maklumat berkenaan dadah
  • Lawatan anti dadah dan kerjaya.
  • Menyertai aktiviti anti dadah yang dijlalankan oleh agensi lain.
  • Perbualan dengan 10 orang (rakan sebaya, guru dan lain-lain)

Aktiviti Pilihan (Sekurang-kurangnya 4)
  • Pertandingan melukis poster
  • Pertandingan sajak.
  • Pertandingan esei
  • Pertandingan kuiz
  • Pertandingan nasyid
  • Pertandingan drama sebabak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan