Selamat Datang Ke Blog PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan Selangor

22 Ogos, 2011

Konsep Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)

  • Skim Lencana ini adalah merupakan  satu langkah jangka panjang untuk memupuk semangat dan sikap bencikan dadah di kalangan pelajar sekolah.

  • Skim ini adalah merupakan satu usaha pendidikan pencegahan awal untuk mencegah penularan masalah dadah di kalangan pelajar-pelajar.

  • Skim ini adalah menggunakan pegaruh teman sebaya (peer group influence) untuk menyampaikan mesej anti dadah dan melibatkan murid-murid yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam di sekolah masing-masing.

  • Selain daripada itu, anggota pasukan seragam yang telah menerima Lencana/Sijil Anti Dadah ini akan boleh terus berkhidmat kepada masyarakat selepas tamat persekolahan/pengajian dalam bidang anti dadah, umpmanya sebagai ahli panel penceramah, para kaunselor ( setelah mendapatlatihan dan bimbingan yang sesuai dalam bidang ini) dalam program seliaan lanjutan bekas penagih, atau sebagai sukarelawan-sukarelawan dalam aspek tindakan anti dadah yang lain.

  • Aktiviti dalam program Skim Lencana Anti Dadah ini adalah merupakan satu daripada pelbagai aktiviti pasukan pakaian seragam berkenaan.


1 ulasan: