Selamat Datang Ke Blog PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan Selangor

23 Ogos, 2011

OBJEKTIF SKIM LENCANA & KURIKULUM SLAD

Skim Lencana ini adalah untuk membolehkan pelajar-pelajar yang menyertai :

  1. Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam menyampaikan mesej anti dadah.
  2. Dapat menanamkan peranan sebagai orang berpengaruh (indlueneers) dalam menyampaikan mesej anti dadah dikalangan rakan sebaya, ahli keluarga dan masyarakat.
  3. Dapat menghayati aktiviti pencegahan dadah melalui amali penyampaian mesej.
  4. Menolong rakan-rakan sebaya yang mempunyai 'risiko tinggi' supaya berhubung dengan guru bimbingan dan menjadi kaunselor rakan sebaya.
  5. Berkhidmat secara sukarela dalam aktiviti anti dadah apabila tamat persekolahan/pengajian.
  6. Mata dan telinga.

KURIKULUM SLAD

Terbahagi kepada 2 bahagian 
  • Bahagian 1 : Teori (Pemerian Maklumat)
  • Bahagian 2 : Amali

Bahagian 1 (Teori)

  • Perubahan, masalah remaja dan penyelesaian.
  • Hubungan remaja dengan kemahiran berkomunikasi.
  • Tekanan hidup, kesan dan cara mengatasinya.
  • Khidmat bantu di sekolah dan institusi lain.
  • Sebab dan kesan merokok.
  • Jenis, sebab dan akibat penggunaan dadah.
  • Bahan dan kesan inhalan.
  • Kesan dan akibat alkohol dan sikap masyarakat terhadapnya.
  • Akta dadah Merbahaya 1952 dan Pindaan 39 (B) -gantung sampai mati.

Bahagian 2 ( Amali)

Aktiviti wajib (ada 4)
  • Buku skrap-mengumpul maklumat berkenaan dadah
  • Lawatan anti dadah dan kerjaya.
  • Menyertai aktiviti anti dadah yang dijlalankan oleh agensi lain.
  • Perbualan dengan 10 orang (rakan sebaya, guru dan lain-lain)

Aktiviti Pilihan (Sekurang-kurangnya 4)
  • Pertandingan melukis poster
  • Pertandingan sajak.
  • Pertandingan esei
  • Pertandingan kuiz
  • Pertandingan nasyid
  • Pertandingan drama sebabak

22 Ogos, 2011

Konsep Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)

  • Skim Lencana ini adalah merupakan  satu langkah jangka panjang untuk memupuk semangat dan sikap bencikan dadah di kalangan pelajar sekolah.

  • Skim ini adalah merupakan satu usaha pendidikan pencegahan awal untuk mencegah penularan masalah dadah di kalangan pelajar-pelajar.

  • Skim ini adalah menggunakan pegaruh teman sebaya (peer group influence) untuk menyampaikan mesej anti dadah dan melibatkan murid-murid yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam di sekolah masing-masing.

  • Selain daripada itu, anggota pasukan seragam yang telah menerima Lencana/Sijil Anti Dadah ini akan boleh terus berkhidmat kepada masyarakat selepas tamat persekolahan/pengajian dalam bidang anti dadah, umpmanya sebagai ahli panel penceramah, para kaunselor ( setelah mendapatlatihan dan bimbingan yang sesuai dalam bidang ini) dalam program seliaan lanjutan bekas penagih, atau sebagai sukarelawan-sukarelawan dalam aspek tindakan anti dadah yang lain.

  • Aktiviti dalam program Skim Lencana Anti Dadah ini adalah merupakan satu daripada pelbagai aktiviti pasukan pakaian seragam berkenaan.


SOALAN SKIM LENCANA ANTI DADAH

1)  Apakah dia Skim ini ?


  • adlah satu usaha terancang untuk melibatkan ahl-ahli persatuan berpakaian seragam sekolah menengah dalam aktiviti pendidikan pencegahan dadah di sekolah dan akhirnya di masyarakat luar.

2) Bagaimana Skim ini dilaksanakan?


  • Adalah sebahagian daripada aktiviti berpersatuan berpakaian seragam sekolah yang menyertainya.
  • Menjalankan aktiviti persatuan yang telah ditetapkan, pemimipin/penasihat persatuan berkenaan hendaklah memasukkan aktiviti anti dadah dalam aktiviti persatuan.
  • Ahli-ahli persatuan yang menyertai skim secara berterusan akan dianugerahkan Lencana Anti Dadah selepas diadakan penilaian.
3) Berapa lama menyertai Skim sebelum dianugerahkan lencana?

  • Ahli-ahli persatuan berpakaian seragam yang menyertai skim dikehendaki menyertai secara berterusan dalam tempoh minimum 1 tahun dan maksimum 2 tahun baharulah dianugerahkan lencana.


4) Apakah ertinya penyertaan anda di dalam Skim ini?


  • dengan menyertai Skim ini, anda telah memberikan sumbangan dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah di sekolah anda. 
  • Sekurang-kurangnya anda tahu akan bahaya dadah dan bagaimana anda dan rakan-rakan anda bleh menjauhkan diri dari penyalahgunaan dadah.





Logo PPDa


PENGERTIAN LOGO

1. Genggaman tangan melambangkan :-
  • tentangan tehadap dadah
  • bersama-sama membanteras dadah
  • pertolongan kepada penagih
  • kejayaan membanteras dadah


2. Bentuk bulatan di tengah dengan slogan "BERSAMA MEMBANTERAS NAJIS DADAH" menunjukkan kepaduan dalam gerakan membanteras dadah.

3. Warna-warna melambangkan :
  • MERAH melambangkan keberanian dalam menjalankan tugas serta menghadapi ancaman.
  • BIRU melambangkan kecintaan dan kasih sayang sesama insan.
  • KUNING melambangkan kejayaan dan kegemilangan pertubuhan -pertubuhan melaksanakan tugas membanteras dadah.


4. Kepala anak panah masing-masing melambangkan bidang usaha membanteras dadah :
  • diri
  • keluarga
  • sekolah
  • masyarakat
  • negara