Selamat Datang Ke Blog PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan Selangor

09 September, 2013

PROJEK REWANG PPDa SMKSI 2013

Projek ini telah dijalankan pada 7 September 2013 bermula 7.30 hingga 12.30 tengahari. Projek ini dilaksanakan dengan kerjasama semua guru sesi petang dan kira-kira 100 orang pelajar tingkatan Peralihan, Tingkatan 1 dan 2. Projek ini turut mendapat kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling serta Panitia Sivik

Objektif
1. memupuk semangat cintakan Negara dan Sekolah
2. menggalakkan pelajar menyertai aktiviti berkaitan PPDa
3. mendedahkan kepada pelajar tentang bahaya kesan DARIH
4. memupuk kerjasama dan budaya kerja berpasukan

Atucara program
7.25 pagi            Pelajar beratur di tapak perhimpunan
                          Nyanyian Lagu Negaraku, Negeri Selangor,Lagu Sekolah dan 1Malaysia
                          Nyanyian Lagu-lagu Patriotik
                          Taklimat Rewang PPDa
9.00                   Rewang PPDa
10.00                 Rehat
10.30                 Rewang PPDa
12.30 tengahari   Bersurai
























PROJEK IKRAR BINTANG-BINTANG SERI INDAH MEMBANTERAS DADAH

      Bintang-bintang dihasilkan oleh pelajar melalui kelas masing-masing. Panitia Pendidikan Moral, Panitia Pendidikan Jasmani dan kesihatan, Panitia Pendidikan Seni Visual dan Panitia Pendidikan Sivik telah terlibat secara langsung dalam menyediakan bintang-bintang ikrar pelajar-pelajar SMK Seri Indah. Bintang-bintang yang telah disediakan oleh para pelajar dikumpul dan dicampur gaulkan. terdapat pelbagai warna berdasarkan kertas warna yang telah dipilih oleh setiap kelas. botol-botol plastik minuman yang diguna semula ditebuk lubang dan diisikan dengan bintang-bintang ikrar yang telah dilipat oleh pelajar. penutup botal ditepuk dan diikat tali dan botol-botol ini di gantung antara blok A dan blok B.