Selamat Datang Ke Blog PPDa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Indah, Taman Seri Serdang, 43300 Seri Kembangan Selangor

07 September, 2013

KERTAS KERJA OPPS PPDa MERENTAS BENUA 2013


SMK SERI INDAH
SERI KEMBANGAN ,SELANGOR DARUL EHSAN.

KERTAS KERJA
PROJEK OPPS PPDa MERENTAS BENUA 2013


1.0               PENGENALAN


OPPS PPDa Merentas Benua ini merupakan satu projek khas yang dirancang bagi meluaskan lagi penyebaran tentang bahaya D.A.R.I.H kepada penduduk seluruh bemua yang dilawati. Aspek  pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi kini berdepan dengan ancaman gejala D.A.R.I.H yang sangat serius.Oleh yang demikian, kesedaran tentang bahaya D.A.R.I.H di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan komuniti masyarakat benua.
Menerusi perkongsian dan penerangan maklumat yang dibuat oleh para duta sekolah sama ada guru, ibubapa, pelajar serta warga sekolah yang lain diharapkan dapat memberikan sedikit sebanyak info berguna dan seterusnya dapat menyedarkan masyarakat benua  tentang bahaya D.A.R.I.H ini. Program ini juga dilakukan selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan  Malaysia  kearah merealisasikan ‘Sekolah Bebas Dadah’ menjelang tahun 2013.


2.0               MATLAMAT

2.1 Supaya masyarakat di dunia ini sedar bahawa dadah akan memudaratkan nyawa dan kesihatan serta membahayakan keselamatan masyarakat.
2.2 Untuk memastikan masyarakat benua  mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya hidup sihat dan  mengamalkannya.


3.0               OBJEKTIF

Objektif  program  ini adalah seperti berikut :
3.1 Untuk mendidik masyarakat tentang keburukan dadah pada peringkat awal.
3.2 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah.
3.3 Untuk memberi alternatif  program sihat tanpa dadah kepada masyarakat benua yang
       dilawati


4.0          KUMPULAN SASARAN
Masyarakat benua yang dilawati.


4.0               CARA PELAKSANAAN
Guru-guru, pelajar, ibubapa, kakitangan sekolah serta keluarga warga SMK Seri Indah yang pergi bercuti taua mempunyai urusan di luar Negara akan membawa banner, poster  atau banting dan pamplet PPDa bersama. Apabila sampai ke destinasi yang dituju, mereka akan berkongsi maklumat PPDa ini kepada masyarakat yang ditemui.






5.0               JANGKAMASA PROGRAM
Program dijalankan dari Januari – Ogos 2013


6.0          SENARAI AHLI JAWATANKUASA

Bil
Jawatankuasa
Nama
Tugas dan tindakan
1
Pengerusi
Pn  Hjh Fadzilah Maarif
-mempengerusikan mesyuarat

2
Naib Pengerusi
Pn Haslina Sahrom
Pn Omme Kalthom Md Sharif
Pn Norhayaty Asin
Pn Hjh Faudziah Yusoff
-mengambil alih tugas mempengerusikan mesyuarat sekiranya tiada pengerusi.
-memantau perjalanan projek berjalan lancar.

3
Penyelaras
Pn Hjh Paridah Romly
Merancang dan memastikan perjalanan projek lancar dan teratur dari mula hingga akhir.

4
Setiausaha
Pn Suzana bt Ab Halim

- menyediakan kertas kerja  projek yang akan 
  dijalankan
-menyediakan banner, bunting serta pamplet
  PPDa secukupnye.

5.
Penolong  Setiausaha
Pn Roslizi bt  Ali
-membantu penyelaras dan s/u memastikan
  perjalanan program berjalan lancer.
-menyediakan buku khas pinjaman banner,
  bunting dan memastikan bahan yang dipinjam
  dipulangkan semula setelah selesai.



9.0          PENUTUP
Diharapkan  PROJEK OPPS PPDa MERENTAS BENUA 2013   ini dapat membantu menyampaikan mesej kepada masarakat dan orang ramai tentang bahaya dan kesan buruk pengambilan D.A.R.I.H  secara berlebihan dan tidak terkawal. Harapan juga agar projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan dapat mencapai objektif yang diingini serta  akan terus berkembang dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak demi kesedaran untuk mencegah dan menghapuskan dadah.  Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua pihak dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Disediakan oleh


-----------------------------
(SUZANA BT AB HALIM)
GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

 Disemak oleh                                                                                  Disahkan oleh

_______________                                                                       -----------------------------        
(PN HASLINA BT SAHROM)                                        (PN HJH FADZILLAH BT MAARIF)

     PEN. KANAN HEM                                                                        PENGETUA SMKSI




OPPS PPDa DI ARAB SAUDI


















OPPS PPDa DI CHINA


OPPS PPDa DI JEPUN


OPPS PPDa DI AMERIKA SYARIKAT

OPPS PPDa DI THAILAND, VIETNAM DAN MYAMMAR


OPPS PPDa DI MANCHESTER


OPPS PPDa SURABAYA INDONESIA
BERGAMBAR DI DALAM KAPAL SELAM 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan