Skim Lencana ini adalah merupakan satu langkah jangka panjang untuk memupuk semangat dan sikap bencikan dadah di kalangan pelajar sekolah.
Skim ini adalah merupakan satu usaha pendidikan pencegahan awal untuk mencegah penularan masalah dadah di kalangan pelajar-pelajar.
Skim ini adalah menggunakan pegaruh teman sebaya (peer group influence) untuk menyampaikan mesej anti dadah dan melibatkan murid-murid yang menganggotai Pasukan Pakaian Seragam di sekolah masing-masing.
Selain daripada itu, anggota pasukan seragam yang telah menerima Lencana/Sijil Anti Dadah ini akan boleh terus berkhidmat kepada masyarakat selepas tamat persekolahan/pengajian dalam bidang anti dadah, umpmanya sebagai ahli panel penceramah, para kaunselor ( setelah mendapatlatihan dan bimbingan yang sesuai dalam bidang ini) dalam program seliaan lanjutan bekas penagih, atau sebagai sukarelawan-sukarelawan dalam aspek tindakan anti dadah yang lain.
Aktiviti dalam program Skim Lencana Anti Dadah ini adalah merupakan satu daripada pelbagai aktiviti pasukan pakaian seragam berkenaan.
=)
BalasPadam